Wednesday 12 September 2012

Bahasa Johorean

hi ! ! !

Hari ni cerita tentang johor,.ermm bukan tempat ke makanan ker,.cuma perkataan,,as we know,.Malaysia ada tremark sendiri "lah".. semua orang Malaysia selalunya guna lah,.even speaking english mesti ada lah,.maybe "lah" ni perkataan yang paling banyak disebut,.contoh "hi,can u teach me how use this thing??" "owhh,.fist u must open that box lah,.then u switch on lah,then u can search whatever u want lah" errrr satu ayat kena ada berapa "lah" kan,.and for me,.aku pun selalu guna "lah" satu ayat yang kawan aku tak suka guna "tak mungkin lah kan" errr dia selalu cakap "can u stop it using lah when talk with me,.just said -tak mungkinkan- simple isn't it" hurmmm tak pasal2 kena marah,. another word "kan" ermmm aku memang guna "kan" ni kat mana2 ayat aku,.aku pun tak tau apa maksud "kan",.example aku nak mengadu kat ayah aku "ayaaaaaahhh,.tengok aieda(adik aku) ni kan,dia kan,ganggu orang je dari tadi" then ayah aku jawab,berapa banyak "kan".."ayah ni kan" seee ada "kan" jugak

Ok cerita pasal bahasa johor,.actually aku bukan orang johor pure,.sebab aku lahir dekat perak,.hehehe tapi aku dah duduk sini dalam 15 tahun lebih,.so kire budak johor lah kan,.

saja jer nak letark bendera johor,.semangat sikit kan



1.Ekkk

Ni bukan nyer menunjukkan nak buang air besar,.but most kepada pengganti tanda soalan (???),.and ayat ni sesuai dengan aku sebab aku tanya denga beri kenyataan sama je bunyinya,.contoh "weyhh,kita nak makan kat mana ekk" so kalau ad ekkk tu tak payah nak ada tanda soalan,.heeee,.sampai kan kawan aku yang duduk kl asal pun sana tanya "kenapa ada ekk kalau kau nak tanya something" errrmm,.aku pun jawab sebab aku orang johor,.hahaha,.aku pun tak tau kenapa ekk tu tak boleh hilang,.sampaikan kalau tanya cikgu pun pakai "ekkk"..disebabkan cikgu pun orang johor,so ayat tu macam dah lali..

2.Joho not JB

Haaa yang ni pun aku tak tau kenapa,.aku rasa semua kot orang johor akan sebut Joho kalau pergi ibu negeri,.sometimes dorang sebut bandar..'nak pergi mana tu" "pergi joho,ada hal" haha,kalau orang luar dari johor mesti blur,.errr,.'bodoh ke apa dah tentu2 kat johor ni lagi nak pergi johor' ermm tu lah dikatakan orang johor,.

3.Kepala gila2

Aku rasa semua orang johor suka bergurau,kadang2 gurauan tu macam rude,.selalu buat loyar buruk(lawak bodoh or mengalan).. kalau nak berkawan dengan budak johor kena open minded,sebab ayat kiteorang main sedap mulut,.tapi bagi kiteorang just gurauan..ngokk ngekk sengal ermmm semua tu tak bermaksud orang tu bonggok or sengal or wat,err aku pun tak tau kenapa..

4. OR dengan AR


Satu perkataan yang ada AR pada huruf hujur or hampir2 hujung mesti ditukar ke OR,.ermm aku pun tak tau maybe ni languase johor kot..macam MUAR-> MUOR,.SELUAR->SELUOR,.PENAMPAR->PENAMPOR,.BESAR->BESOR..

5.Asal
Bukan asal tempat,.but asal ni macam kenapa,.haaa kalau cakap dengan orang luar mesti dia bagitau tempat asal,.hahaha "asal kau" hahahaha "kenapa kau"..macam tu lahh


6. Jer
Jer means sahaja,.tapi aku tak tau kenapa wujud ayat ni,.walaupun dah sebut saje(sahaja) mesti nak letar jer lagi,.contoh "asal kau kau buat macam tu" "ermm saje jer" heeee,.aku pun tak tau lah..

7.Nama ganti pelik
Selalunya aku bahasakan diri aku "orang" errr aku tau aku orang tapi lebih sopan dari "aku" selalunya guna bila bercakap dengan ayah mak or orang yang lebih tua,. "kite" bukan bermaksud dua orang tapi untuk diri sendiri,.ni pun kata ganti nama orang johor,.lagi satu "kawan" bukan friend tapi bahasakan diri sendiri contoh "kawan ni tak berapa pandai,tapi kawan nak minta di ajar lah kan"

8.Barang
Ada beberapa benda yang diganti nama,and orang johor jer biasa,kalau pergi tempat lain mesti blurrr je muka,. GEROBOK(sebutnye gobok) ->ALMARI,.GEBOR ->SELIMUT,.banyak lagi tapi ni je yang aku ingat,.hahahahaha

9.Jotos

ermm jotos ni macam ketuk kepala guna jari..genggam tangan lepas tu ketuk lah kepala,.sekeh sama gak lah maksud tapi lembut sikit dari jotos,.maybe ni bahasa jawa kot,.:)

ermm tu je kot yang aku tau pasal perkataan..maybe banyak tapi ni je yang aku tahu..ape pun aku bangga jadi orang johor celup,.hehehe  :)

p/s : selamat membaca :)

Sunday 9 September 2012

Cara Nak Kekalkan Bentuk Tubuh Badan :)


hi ! ! !

hari ni nak tulis pasal bentuk tubuh badan,,lebih kepada perempuan lah sebab aku ni perempuan hehehehe,.ok 1st sekali aku nak cakap pasal badan aku,.errr ramai tanya kenapa badan aku tak gemok2 walaupun melantak banyak2,.haaaa actually aku sendiri tak tau,selalunya aku jenis tak fikir berat badan akan bertamabah kalau aku makan,so risau tu tak ada sebab tu kot aku tak gemok2,.hehe

tak ada gambar satu badan la,.sebab aku suke amek muke je..

aku tak tau aku ni dalam ketegori mana,.nak kata gemok memang tak lah kan,.nak kata kurus,.semalam masa gi ujibakat aku jumpa perempuan lagi kurus dari aku,.errr siap sempat mengata aku lagi,.rambut aku panjang,.then aku suka pakai skap rambut yang reben besar macam gambar kat bawah tu..

niii haaa

ada ke patut dia cakap aku lady gaga,.ceyttt sengal punya orang dah lah kering,.aku bedal sekali,.masuk icu..lepas tu sibuk cakap pasal orang ni cantik orang tu tak cantik,.halooo ingat dengan rambut perang kau yang ntah apa2 tu dah boleh nak judge orang ke,.huhhh merepek betol..atleast aku baru pakai skap reben ni dah macam lady gaga..ga aaaa..yg kau tu kering macam mangsa kebuluran kat somalia tak fikir pula,.huhhhh


ok dah citer pasal tajuk diatas pula..

1.Buah-buahan

Timbulkan rasa minat pada buah-buahan,.tak kira lah buah apa pun yang penting minat pada buah,.kalau macam aku,jenis pantang nampak buah,.memang aku gigit sampai habis..satu hari satu biji buah,.cukup sangat2 tak kira lah epal merah ke epal hijau ke betik ke apa2 lah asalkan ketegori buah,.tapi kalau anggur or buah yang kecil2 tu makanlah berbiji2..kalau makan setakat 1 biji celah gigi je kot..

ermmm,.dap nyerrr :)

2.Sayur

Ok,aku rasa memang ramai yang tak suka makan sayur,.temasuk lah aku,.hahahaha,.tapi seelok2nya try lah makan sayur,tak payah makan semua jenis sayur,.just bagi minat pada beberapa sayur,.yang aku syorkan lah,ermm,.kobis,terung salad,kangkung,carrot,tomato,saderi(yang dalam citer wonderpets tu) baby jagung..tu je kot,sebab semua tu yang  aku makan lah,.hehehehe,nak sedap kan,.campurkan semuanya jadi satu hidangan,.pandai2 lah letak bahan apa,.letak cendawan pun sedap gak,.yang terung tu masak kicap,.perghhh memang sedap lah kan..

ni dipanggil capcai..


3.Nasi

Orang melayu kan selalunya cakap kalau tak makan nasi satu hari boleh mati,..ayoyoyoyo,.cuba tengok orang kat negara arab,.dorang tak makan nasi bertahun2 hidup jer,besar2 badan,sehat dan gagah,.hahahaha..apa kata dari  nasi tukar ke roti,.roti gardenia ke,.lagi sedap roti keras,.roti perancisss orang sebut,.haaaa,.makan macam biasa lah,jangan makan roti jer,memang muak lah,.contoh hari ni lauk asam pedas ayam,.haaa cicah ngan roti,.ayam nye bedal sekali..senang kan,.

kenapa orang sebut roti peranciss erkk,.err maybe roti ni dari perancis kot..

4.Air

Minum air banyak2 bagus,.bagus sangat,.lagi bagus minum lepas bangun tidur,.tak payah gosok gigi minum terus,.lepas tu perut akan rasa sakit memulas2 then korang akn terberakkkk,.hahahaha,.tosik2 semuanya keluar lah,.lagi satu jangan minum sambil berdiri,.mak aku selalu pesan,sebab t boleh buncit,.errr then aku selalu cakap mak aku ni orang dulu2 lah,.but bila aku seach google,.ooooo,.patut lah,.kalau minum berdiri,.air tu terus jerr pi perut kite,.tak sempat melilau,.so better minum sambil duduk,.so ada masa air tu nak angkut benda2 yang tak elok kat dalam tubuh badan kita.heeee..haaa lagi satu jangan makan satu suap,.minum air seteguk,.hamboiii memang buncit lah perut tu,.hohohoho,.orang pesan selalu minum 8 gelas air kosong satu hari,.tapi aku minum berbotol2 satu hari,.hahaha,.ok lah tu..


air paling sedap didunia,.air kosong,,hahaha

5.Senam

Huhhhh,.semua malas nak senam,.haahahaha,.apa kata dari bersenam tukar kepada menari,.heeeee lagi2 sekarang popular oppa gangnam style kan,.haaa,.tak payah ikut dia punya joget pun tak per,.joget jer main bedal buat tarian sendiri,.kalau aku memang hari2 joget,.sebab tu aku payah nak kurus,.baru nak ada lemak,.dah terbakar,.hahaha


ermmm,.aku rasa ni pun dah cukup,.tak payah nak makan pil ini pil itu,.susu ni susu tu,.payah2,.buat semulajadi je dah cukup..heeeeeeee :)

p/s: selamat membaca :)



Saturday 8 September 2012

Soalan Money Drop Malaysia (masa ujibakat)

hi ! ! !

hehehehe,.aku pun teringin nak jadi jutawan,.sape tak nak kan,.hohohoho..ok,.before cerita tentang soalan..aku nak cerita tentang kakak aku yang putih melepak tu,.errrr kadang2 kan nak tau tentang seseorang tu kita kena mengalami satu situasi bersama,.hehehe contohnya tadi pagi aku gerak kul 7.30pagi..then aku ni jenis kalau aku tak minat aku tak kan beria,aku pergi pun sebab akak aku yang nak sangat,.then aku tak ada photocopy i/c hehehe,.lupa la pulak,.aku pun pergi lah tempat kerja aku pagi2 buta nak photostet i/c aku,.dah sampai electric pula tak ada,aku tak tau pulak suis besar nya tertendang sebab masa hari jumaat hujan lebat,.lepas tu aku cakap lah dengan kakak aku,.tak ada electric,.lepas tu dia muncung,.haishh aku ni memang kategori penyabar tapi aku tak suka orang marah2 aku,.benda kecik kot,.aku pun cakap nanti masa ontheway pi sana photostet lah,.dia bebel2 lepas tu gerak,.dah sampai the zon,.ada 7eleven,.perghhh dugaan betol,.mesin dia tak boleh nak scan,.satu block tu aku tanya,.lepas tu aku ajak kakak aku masuk the zon,then dia cakap mana ada..situ tempat beli barang,.errr dia ni kan nasib baik naik kereta dia,.kalau ikutkan aku,.aku menonong je masuk,.sakit pulak hati kita,..

ni lah akak cina aku,.tapi seriously aku dengan dia sama mak ngan ayah..



lepas tu dia cakap tak ada kita balik je lah,.perghhh ape seyhhh dari kulai ke jb,.memang tak jauh pun,.tapi dah membazir masa aku,.tengah kat highway nak masuk senai.hampir2 lah jauh lagi,.hehehe aku cakap "so kita nak balik ker??" dia pun jawab "habis tu dah tak ada kan" ,.dia ni kan cepat noh give up "cari lah kedai ker petronas ke,mana lah tau ada" aku pun tak tau petronas ada ke tak mesin nya men sebut jer,.jap g dia dia ke kiri masuk jalan tebrau,.haaa ada sri amar,.lepas tu aku suh dia masuk kg bendahara sebab kat situ aku sure ada kedai yg ada mesin photostet,.dah sampai,.kedai nya pasar je bukak depan tak bukak.aku tanya pekerja dia,."hello,kat sini ada mesi photocopy tak" then perkerja dia cakap ada,.dia tunjuk kat bos kedai tu,.suh aku cakap..lepas tu aku pergi lah aku cakap dengan penuh kewanitaan sebab aku kena cepat hehehe "ermm uncle,sini ada mesin photo copy tak" lepas tu dia angguk2,.lepas tu aku cakap lagi "ermm,saya nak photostet i/c saya" seee aku guna 'saya' ishhh,ishhh,ishhh baik gile keradaban aku,.hahaha lepas tu kan dia tinggi kan suara,.tapi tak ada lah jerit "boleh! tapi pintu depan belum bukak lagi,.pukul 9 nanti bukak" what!!! pukul 9,skarang bru kul 8,.satu copy n satu helai kertas A4 dari kau yg aku perlukan dari kau,.aku kena tunggu 1 jam,ape seyhh,. then aku cakap lah,.aku ni gelabah tau bila gelabah,.aku tercakap lajh omputih hehehehe,. "but uncle,.I need it now,.i've got important thing to do" lepastu dia lagi tinggi kan suara dari yang tadi "I dont care!!" fuyooo beromputih gak uncle ni..hahahaha then aku balas lah "but one copy only,single A4 paper,.after that uncle wanted to close this shop or whatever,i do not bother anymore,.i need it immediately,. if not i will wait u untill 9 o'clock,i will pay..." sebenarnya panjang lagi aku nak cakap lepas tu uncle tu terus cakap "jom ke depan" haaaa reti pula berlembut,. dia bukak pintu on kan mesin lepastu tadah tangan minta i/c aku,.kan senang..hadoii,.lepas habis dia photostet,. "sudah,.twenty cent" aku pun bayar,.lepastu aku cakap "terima kasih uncle" sambil senyum,.jap lagi aku patah balik lupa i/c,.jeng2 kantoi uncle tu menatap muke i/c aku,.hahaha lepas tu aku cakap "saya melayu lah uncle" lepas tu dia senyum jer...

aku just terasa lah,.kenapa bila kita cakap melayu,.layanan ganas2,.tapi bila cakap omputih laju je dan sempurna je layanan,.errr aku pun tak tau,.mengarut gile lah hidup aku kalau jumpa 10 org macam tu..


ok stop citer pasal tu,.citer pasal soalan money drop plak,.ka chinggg!! $$$$$$$




ok,.jap ea,.sebelum jawab soalan dia,.aku kena beratur nak amek borang terma dan syarat..hehehe panjang lah seyh,.and aku ni jenis peramah,.sekejap je aku dah boleh berbual,.belakang depan aku berbual,.kakak aku senyap jer,..err,.agent insurans tapi mulut tak reti potpet,.apa pun xboleh..hahahaha,.and yang akak aku tu serabut sangat kenapa,.kat situ lagi ada yang teruk,.satu ape pun tak bawak,.rilex jer,.masuk gak,.hadoiii

ok,.citer pulak pasal soalan ujibakat dia..sebelum tu aku search lah google baca beberapa fakta,.hahaha,.sampaikan negara paling kecil and terbesar pun aku baca,.hua,hua,..jap lagi kuar soalan most pada hiburan tanah air,.haaaa,.mati aku,.langsung tak tau,.ada lah soalan tentang negara macam ibu negara australia,.bahasa parsi,.dan lain2 lah,.tapi yang lebihnya more pada hiburan,.hadoiii aku lupa ujibakat racangan tv,harus lah soalan hiburan,.aku pula baca macam nak pergi ambil periksa sejarah,.tunggang terbalik pun aku baca,.soalan nya tak ada..hahahaha..

then disebabkan soalannya macam tu aku pun gagal lah,.hahahah kakak aku bengang jer dengan aku,.hehehehe sorry ler,.aku mana tau,.kalau bagi aku jawab soalan math cofirm aku dengan yakin nya kau dan aku akan lepas dengan cermelang,.waaaaa,..bangga diri nampak,..hehehehe

yang kakak aku tu semangat berkobar2 tapi cepat give up kena ada seseorang yang naikkan semangat dia,.
yang uncle tu,.please lah,.jangan kejam sangat,.kalau satu kampung tu reti cakap melayu jer,.mesti satu kampung tu dia layan tak senonoh,.tumbuk nak tak uncle,.hehehehe..
yang money drop pula,.hadoiii kenapa tak bagi tahu soalan more pada hiburan,.aku dah lah buta hiburan tanah air..pengsan2 -_- apa2 pon,.kena percaya pada rezeki,..kaaaa chingggg!!! $$$$ mana lah tau,.rezeki bayak kat tempat lain..huhuhu :)

p/s:selamat membaca :)




Thursday 6 September 2012

Ayah+Mak=Aku :)

hi ! ! !

hari ni aku kekeyangan sebab ayah aku a.k.a kekasih awal dan akhir aku buatkan keuw tiaw hokian,.yumm,yummm memang sedap giler lah,.

ni lah makanan yang di tapaukan oleh ayah tercinta aku..

macam mana aku tak sayang ayah aku,.hensem pun hensem,.gagah perkasa,.reti masak pula tu..hoooo untung tak mak aku,.hehehe,.then kalau aku ada problems aku senang cerita dengan ayah aku,.sampaikan cerita pasal pakwe aku pun aku share tauuuu,.jangan jealous,..

ayah aku terer bab2 main game,.psp,.ps2,.cakap je,.tapi game perang lah,.hahaha,.bolaaa,.tak ada maknanya...

power an ayah aku,.dari belakang je nampak ciri2 master chef,.hhahahaha

haaaa,.hensem an,.siapa cakap ayah aku tak hensem,.aku tumbuk muka dia,.hahaha,.sebelah tu mak aku lerr...



pasal mak aku pula,.dia kuat jealous,.hahaha,.dengan anak sendiri pun nak jealous,.hahaha,..ceritanya macam ni,.hari jumaat lepas,aku duduk rumah tak kerja kan,.so sebelum jumaat khamis lah kan,.malam hari khamis tu aku tengok tv sampai pukul 3pagi macam tu lah,.mula2 pukul 1 lebih dah tidur lepas tu lapar bangun makan then tengok tv,.disebabkan tidur terlalu lambat,.bangun pun aku malas,.sampai pukul 10 pagi macam tu,.ayah aku masuk bilik,suruh aku mandi,.hadoiii malasnya,lepas tu ayah aku tarik kaki aku turun katil then dukung masuk bilik air,..wuwuwuwuwuw,..siap cakap apa tau "ishh berat jugak,.ni berat apa ni" hahahaha makan malam2 memang lah kan,. lepas tu kan,.mak aku nampak tau,.dia jeling jer,.elehhhh jealous lah tu,.hahahah,.lepas mandi,ayah aku bebel sikit lah,."kata nak lawa,.macam mana nak lawa mandi pun lambat" hhohohohoho,. :then aku pun cakap "ayah,lepas ni ayah dukung org(aku bahasakan diri aku) hari2 lah,nanti....." lepas tu kan ada suara potong cakap aku "tak payah!! jangan ngada2" jeng2,.suara mak aku lah kan..jealous cakap je lah jealous,.wakakakakaka...


actually kan aku nak post pasal lain,.tapi tercerita ayah mak aku pula,.alahh lantak lah kan blog aku,.bukan ada siapa baca pun,.hohohoho..dah 32tahun lebih ayah aku dengan mak aku,.fuyoooo lama lah kan,.semoga sampai syurga kekal bersama..

aku nak lelaki yang ada ciri2 ayah aku,.kalau ikutkan hati nak full totally macam ayah aku,.puekkk!! mana wujud lagi,.wakakaka,.atleast aku nak lelaki yang penyabar,.huhhh aku kan anak ayah mak aku,.mak aku kuat membebel,.takut aku ada sikit terikut mak aku..hehehe tapi kalau aku kahwin dengan pakwe aku ni,.kira ok lah,.dia pun kuat sabar dengan aku,.aku pun banyak bersabar dengan perangai dia,.kalau dua2 tak penyabar aku rasa tak lama dah hancusssss :)


p/s: selamat membaca :)